Bermula pada 1 Julai 2020 dan proses permohonan akan dikendalikan pada September 2020.
Badan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap undang-undang atau peraturan untuk sesebuah industri.
Diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan sokongan MaGIC, TPM dan MIMOS yang bertindak sebagai Sekretariat NTIS untuk membolehcara dan menyelaraskan keseluruhan pelaksanaan NTIS. NTIS turut diperkukuhkan juga melalui pembabitan dan sokongan oleh pihak swasta.
Ianya menyediakan persekitaran ujian tanpa risiko, rangka kerja secara tersusun untuk menguji kajian inovasi oleh penggerak inovasi, penyelidik dan juga pembuat produk.
Pengkomersialan produk adalah keupayaan mengubah projek atau penyelidikan bermula dari peringkat penyelidikan menjadikan ianya produk sepenuhnya dan kemudiannya diperolehi oleh badan kerajaan ataupun syarikat-syarikat korporat.
Persekitaran terkawal ialah ruang di mana uji kaji boleh dijalankan dengan selamat dalam simulasi dunia sebenar untuk memastikan tiada risiko kepada pihak industri.
Sandbox Pengawalseliaan Nasional hanyalah memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan dengan perundangan dan peraturan manakala Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) merujuk kepada isu-isu berkaitan dengan inovasi dan peraturan yang akan menjejaskan atau menyekat pengunapakai inovasi. NTIS mampu memudahcarakan program-program inovasi untuk pengunapakai teknologi tinggi melalui penyediaan platform yang lebih kondusif.
● Warganegara Malaysia, atau syarikat yang berdaftar di Malaysia dimana sekurang-kurangnya 51% adalah hak milik warganegara Malaysia, yang berpengkalan di Malaysia.
● Pemohon utama mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dan menetap di Malaysia.
Mereka yang berminat untuk memohon boleh mendaftar di: https://bit.ly/NISMalaysia.
Untuk pertanyaan dan sebarang maklumat lanjut, bolehlah disalurkan ke emel: sandbox@mymagic.my.
Permohonan akan diproses setiap bulan. Pemohon akan menerima emel sebagai bukti penerimaan dan boleh menghubungi pihak urusetia untuk mengetahui status permohonan.
Tiada bayaran dikenakan kepada setiap permohonan.
Pemohon hanya perlu menghantar konsep awal sahaja dan tidak akan didedahkan kepada pihak luar. Idea yang dihantar akan disahkan penerimaan oleh pihak urusetia.
Tiada had untuk permohonan.
● Memupuk pengembangan bakat untuk negara berteknologi tinggi.
● Memberi laluan alternatif untuk perolehan bagi pembekal penyelesaian teknologi tempatan.
● Meningkatkan produktiviti sektor melalui penggunaan teknologi.
● Mempercepat R&D dan pengkomersialan melalui dasar & peraturan yang dipermudahkan.
● Meningkatkan platform infrastruktur & teknologi digital.
● Meningkatkan inovasi dan pengkomersialan.
● Membantu menangani masalah-masalah yang dihadapi rakyat dan kerajaan di peringkat nasional, bahagian dan tempatan seperti:
- Mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.
- Meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat.
- Meningkatkan Pendapatan Negara Kasar / Keluaran Dalam Negara Kasar.
- Meningkatkan penyertaan, pelaburan dan penglibatan dalam penyelidikan oleh sektor swasta.
- Meningkatkan kadar innovasi dan pengkomersialan.