Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan (PPISK)

Menjana impak dengan setiap ringgit. Inisiatif perolehan awam untuk impak sosial.

Mengenai PPISK

Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan (PPISK) merupakan program perolehan sosial awam bertujuan untuk mendorong impak sosial dan alam sekitar yang positif di Malaysia melalui daya beli Kerajaan.

Solution Seeker

Menggalakkan pertumbuhan perusahaan berimpak sosial

Dalam menjana impak sosial positif secara proaktif dan boleh diukur sebagai sebahagian daripada projek, produk, dan / atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kerajaan

Solution Seeker

Mewujudkan peluang yang saksama

Dengan meningkatkan daya saing penyelesaian sosial dan membangunkan kapasiti dan kemampuan melalui perolehan Kerajaan

Solution Seeker

Meningkatkan kredibiliti dan peluang pelaburan

Melalui pertumbuhan daripada rekod pelaksanaan dan prestasi kontrak Kerajaan dan seterusnya menarik minat pelabur

Solution Seeker

Latarbelakang PPISK?

Solution Seeker

Sepertimana yang dibentangkan sebagai matlamat Belanjawan 2021 iaitu mengukuh daya tahan ekonomi negara bersama pembangunan sosial, kerajaan Malaysia telah memberikan komitmen dalam melaksanakan PPISK sebagai inisiatif baharu bagi memperkenal dan mempromosi perolehan berimpak sosial di sektor awam. Ini juga bertujuan untuk menyediakan platform penilaian kapasiti dan kemampuan perniagaan yang berimpak sosial dalam menyediakan produk dan/atau perkhidmatan dalam skala yang besar.

Pemohon yang disahkan dibawah PPISK akan layak berdaftar di sistem e-Perolehan kerajaan dan disenaraikan sebagai vendor kepada kerajaan. Ini akan membuka peluang perolehan dari kementerian dan jabatan persekutuan.

Bagi tujuan ini, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan komitmen berjumlah RM 20 juta sebagai nilai perolehan sosial.

Solution Seeker

Kementerian Perintis

Solution Seeker
5 kementerian perintis komited secara kolektif untuk perolehan sosial di bawah PPISK:

Kementerian

Solution Seeker

Ciri-ciri unik PPISK

PPISK memperkenalkan dasar perolehan kerajaan yang inovatif dalam menyokong perniagaan yang menjana impak
Solution Seeker

Vendor
Pilihan

Keutamaan bagi pemohon PPISK yang diluluskan dalam menbekalkan produk dan/atau perkhidmatan yang sedia ada

Solution Seeker

Transaksi
Tidak Terhad

Peluang perolehan sehingga RM20,000 bagi setiap transaksi dan berpotensi untuk menyertai tender terbuka jika layak

Solution Seeker

Pelonggaran
Kriteria

Pengecualian kriteria terpilih bagi Pendaftaran e-Perolehan

Solution Seeker

Siapakah Yang Layak Memohon PPISK?

Solution Seeker

Perusahaan Sosial yang
diakreditasi

Diiktiraf oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di bawah Program Akreditasi Perusahaan Sosial

Solution Seeker

Perniagaan sosial yang
tidak diakreditasi

Entiti yang menjana impak dan tidak diakreditasi tapi disahkan oleh MRANTI

Solution Seeker
Get Accredited
Eligibility Criteria

Bagaimana Untuk Menyemak Kelayakkan PPISK Anda? 

Solution Seeker

Menyerahkan Sijil Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) dibawah KUSKOP atau dokumen yang berkenaan untuk pengesahan oleh MRANTI mengikuti kriteria berikutnya:

Mempunyai matlamat sosial atau alam sekitar yang jelas;

Memperuntukkan sejumlah besar sumber untuk mencapai matlamat sosial atau alam sekitar;

Dilengkapi dengan model perniagaan yang mampan untuk impak jangka panjang.

Memasarkan produk dan / atau perkhidmatan yang relevan dengan Kerajaan

Memenuhi syarat pendaftaran e-Perolehan termasuk:

Modal minimum sebanyak RM2,500

Akaun bank yang sah

Berdaftar di bawah undang-undang yang ditetapkan (SSM / ROS / SKM / Pendaftar Negeri)

Minimum satu pekerja berdaftar

Sumber Rujukan

Baca dokumen-dokumen ini dan bersedia untuk permohonan yang berjaya
Solution Seeker

More Information

About SIM

When will the SIM Grant be available and for how long?

The SIM Grant will open for application starting 1 August 2020 for a period of 12 months or upon full disbursement of RM10 million, whichever comes first.

How It Works

What is the matching ratio of the SIM Grant?

The matching ratio of the grant is at 1 to 1 (1:1) i.e. for every RM1.00 crowdfunded by the applicant, RM1.00 grant will be awarded; equivalent to the amount it has successfully crowdfunded subject to the capping amount, based on the types of applicant (Accredited SE, Non-accredited SE, and any other individual or entity).

Application Process

How to apply for the SIM Grant?

Applicants must submit their application via an online platform determined by MaGIC. Complete information and documentation must be submitted online to facilitate evaluation by MaGIC. There are three (3) steps to the application process as follows:

Step 1 - Eligibility screening process;
Step 2 - Due diligence process, followed by evaluation and approval of the applicant by JAC;
Step 3 - Documentation and grant disbursement