Sebuah Initiatif

Geran Pemadanan Impak Sosial

Gandakan impak. Untuk setiap ringgit terkumpul dari pendanaan awam, dapatkan lagi gandaan ringgit tersebut melalui Geran Padanan Impak Sosial.

Application Opens IN
00
Days
00
Hrs
00
Min
00
Sec
English Version
Permohonan Ditutup

Mengenai Geran SIM

Geran SIM yang bernilai RM10 juta adalah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) yang diperkenalkan untuk menyokong perusahaan dan inovasi sosial di Malaysia. Bagi setiap ringgit yang diperoleh melalui pendanaan awam, Geran SIM akan memadankannya pada kadar 1:1.

Solution Seeker

Menyokong Usahawan Perusahaan Sosial

Menyokong perniagaan dan individu yang mempunyai misi untuk menjadikan Malaysia lebih baik untuk semua.

Solution Seeker

Membangunkan Penyelesaian Sosial

Untuk setiap ringgit yang dijana, SIM akan memberi lagi seringgit, bagi menggandakan impak.

Solution Seeker

Menggalakkan Penyertaan Rakyat

Untuk menggalakkan rakyat turut serta dalam memberikan penyelesaian kepada masyarakat.

Solution Seeker

Bidang Sasaran Impak

Terbuka kepada projek atau inisiatif yang memberikan penyelesaian inovatif dalam:
Solution Seeker

Perlindungan Alam Sekitar

Perubahan iklim telah menyebabkan perubahan cuaca yang melampau sehingga memberi kesan terhadap ekosistem semulajadi. Oleh itu, ia memberi kesan terhadap kesejahteraan kita dan generasi yang akan datang.

Penting untuk melindungi alam sekitar melalui penyahkarbonan sistem tenaga, pengurangan pencemaran industri dan pemuliharaan tanah dan biokepelbagaian.

Solution Seeker

Keselamatan Makanan

Pertambahan populasi yang pesat telah menyebabkan kekurangan tanah dan air dan penyalahgunaan sistem makanan. Oleh itu, capaian terhadap sumber makanan yang cukup dan selamat hendaklah dipastikan bukan hanya untuk golongan istimewa sahaja.

Menyediakan makanan kepada semua adalah penting dengan menggunakan pelbagai strategi yang menyeluruh bagi mewujudkan sistem makanan yang berkesan, berdaya tahan dan boleh dipercayai bermula dari penghasilan makanan ke pengurusan rantaian bekalan makanan.

Solution Seeker

Kesihatan & Kesejahteraan Sosial

Dalam dunia yang pesat membangun dan berubah dengan pantas, masyarakat kita sering meghadapi kesusahan hidup dan penyakit.

Untuk penjagaan kesihatan sejagat dan kesejahteraan sosial, sokongan terhadap sistem kesihatan bagi penjagaan primer, pengawalan penyakit dan perubahan norma dan perlakuan sosial adalah penting bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan kesihatan mental.

Solution Seeker

Pendapatan Komuniti

Cabaran menjana pendapatan dan ketidaksamaan pendapatan telah menghadkan capaian terhadap pendidikan, kemahiran dan pekerjaan yang memuaskan bagi menyara keluarga dan memajukan masyarakat secara keseluruhan.

Pembangunan negara bermula dari rumah. Oleh itu, penyediaan pendidikan yang berkualiti, latihan kemahiran dan peluang pendapatan adalah penting untuk membuka peluang kepada komuniti bagi penjanaan pendapatan. Ia dapat menyelesaikan masalah kemiskinan, ketidaksamaan jantina dan tumpuan terhadap perkongsian pertumbuhan kekayaan negara..

Solution Seeker

Pemeliharaan Warisan

Pemodenan boleh menyebabkan kehilangan budaya dan warisan kita yang tidak dapat dipulihkan.

Warisan sejarah memberikan lambang identiti dan kesinambungan di dalam dunia globalisasi. Sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian budaya, setiap individu mempunyai tanggunjawab untuk melindungi warisan dan amalan yang tinggi nilainya serta pelbagai budaya, kesenian dan tradisi.

Solution Seeker

Siapa yang boleh memohon?

Solution Seeker

Perusahaan Sosial Berakreditasi

Diiktiraf oleh MaGIC di bawah Program Akreditasi SE

Sehingga RM500,000

Solution Seeker

Perniagaan Sosial Tidak Berakreditasi

Entiti berteraskan impak tidak berakreditasi tapi berdaftar dengan MaGIC

Sehingga RM250,000

Solution Seeker
Dapatkan Pentauliahan

Individu dan
Entiti Lain

Individu dan entiti lain yang mempunyai impak dan baru memulakan projek atau inisiatif

Sehingga RM20,000

Solution Seeker

Dana Padanan yang Tersedia

Kutipan dana atau pendanaan awam bermula dari 1 Julai 2020

Solution Seeker

Penderma Berkelayakan

Entiti yang berdaftarkan/disahkan di dalam dan/atau di luar Malaysia

Solution Seeker

Syarikat korporat

Bukan berasaskan keuntungan

Individu

Kerajaan dan/atau entiti berkaitan kerajaan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia

Sumber Berkelayakan

Solution Seeker

Derma atau hasil kutipan amal (tunai/ setara dengannya) diterima tanpa jangkaan pulangan

Sumbangan dari geran yang diterima tanpa jangkaan pulangan

Pelaburan dengan jangkaan pulangan, termasuk ekuiti pemilik

Pembiayaan atau pinjaman yang diterima dari institusi kewangan

Hasil dari transaksi perniagaan atau perolehan

Pendanaan Awam untuk Impak Sosial

Sertakan penyelesaian inovatif untuk menyelesaikan isu-isu alam sekitar dan sosial seperti yang dinyatakan dalam bidang-bidang impak SIM

Solution Seeker

Mendapat kutipan dana sekurang-kurangnya 80%

Berjaya mengutip nilai pendanaan awam sekurang-kurangnya 80% dari jumlah geran yang dimohon

Solution Seeker

Dana yang diiktiraf

Derma dan sumbangan yang dikutip berkuatkuasa dari 1 Julai 2020 daripada entiti swasta yang berdaftar

Solution Seeker

Ceritakan projek anda

Solution Seeker

Kandungan Kertas Cadangan

Solution Seeker

Pelan projek atau perniagaan yang dirancang

Unjuran aliran tunai

Penggunaan hasil

Petunjuk impak untuk mengukur perkembangan

Pelan perlaksanaan terperinci

Sejarah rekod prestasi

Kelayakan pasukan

Kriteria Penilaian

Solution Seeker

Kebaharuan, keunikan dan keaslian inovasi

Keberkesanan penggunaan hasil

Kebolehlaksanaan cadangan

Impak skalabiliti

Keupayaan pasukan pengurusan/ penganjur

Bukti Penerimaan Dana

Sertakan bukti jumlah pendanaan awam yang diterima

Solution Seeker

Tandatangani Perjanjian

Bersetuju dengan terma dan syarat geran serta impak penanda prestasi anda

Solution Seeker

Dapatkan Geran Anda

Setelah perjanjian ditandatangani, jumlah geran peringkat pertama akan disalurkan dalam tempoh 14 hari waktu bekerja

Solution Seeker

Sumber Maklumat

Baca dokumen-dokumen tersenarai ini untuk permohonan yang efektif

Solution Seeker

Rakan Platform Pendanaan Awam

Pemohon Geran SIM yang berjaya akan menikmati rebat sebanyak 20% ke atas yuran platform bagi jumlah RM 1 juta pertama yang terjana di atas setiap platform

Sokongan tambahan untuk pendanaan awam – sesi maklumat dan kempen promosi

Peluang Pembiayaan

Senarai umum mengenai pertandingan awam dan pendanaan awam yang anda boleh sertai dan padankan dengan Geran SIM
Mohon Sekarang

Tuntut Insentif Cukai Anda

Pemohon Geran SIM yang berjaya kini boleh mengeluarkan resit cukai kepada penderma mereka
Solution Seeker

Diluluskan Geran SIM

Setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Kelulusan Bersama (JKB), Pemohon Geran SIM akan menghantar e-mel kepada penjanasegrant@mymagic.my dan menyerahkan dokumen yang diperlukan.

Solution Seeker

Penyerahan Dokumen

Bagi pihak pemohon, MaGIC akan menyerahkan dokumen-dokumen tersebut kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk pemprosesan. Setelah diproses, MaGIC akan menghubungi pemohon.

Solution Seeker

Pemeriksaan Merentas Agensi

Pemohon boleh mengeluarkan resit cukai kepada penderma mereka setelah mendapat kelulusan MOF. Resit cukai mesti mengandungi maklumat khusus yang tersenaraikan di sini.

Solution Seeker

Bagi Penuntutan Penderma

Dengan penerimaan cukai yang dikeluarkan, penderma boleh menuntut rebat dari MOF.

Solution Seeker
Harap maklum: hanya sumbangan tunai yang diterima bermula dari 1 Ogos 2020 hingga 31 Julai 2021 yang layak untuk insentif cukai. Terma dan syarat selanjutnya dikenakan.

Maklumat Lanjut

Mengenai SIM

Bilakah Geran SIM boleh dimohon dan berapa lamakah tempoh permohonan dibuka?

Geran SIM Grant akan dibuka bermula dari 1 Ogos 2020 selama 12 bulan atau sehingga pemberian geran berjumlah RM10 juta habis, tertakluk kepada yang mana berlaku dahulu.

Bagaimana ia berfungsi?

Apakah nisbah pemadanan bagi Geran SIM?

Nisbah padanan geran adalah pada 1 kepada 1 (1:1). Ia bermakna setiap RM1.00 yang dijana melalui pendanaan ramai oleh pemohon melayakkan beliau untuk menerima RM1.00 lagi, tertakluk kepada nilai maksima yang ditetapkan berdasarkan jenis pemohon (perniagaan sosial bertauliah, perniagaan sosial tidak bertauliah dan lain-lain individu atau entiti).

Proses Permohonan

Bagaimana untuk memohon Geran SIM?

Pemohon mesti menghantar permohonan melalui platform atas talian yang telah ditentukan oleh MaGIC. Maklumat dan dokumen lengkap mesti dihantar melalui atas talian untuk memudahkan proses penilaian MaGIC. Proses permohonan Geran SIM melibatkan tiga (3) langkah seperti berikut:

Langkah 1 – Proses semakan kelayakan;

Langkah 2 – Proses semakan permohonan, diikuti oleh penilaian dan kelulusan permohonan dari JKB;

Langkah 3 – Dokumentasi dan pemberian geran