Potongan 20% dari fi penggunaan platform bagi setiap pemohon Geran SIM yang berjaya. Potongan 20% hanya akan terhad kepada RM1 juta pertama yang dikumpul secara kumulatif melalui platform pendanaan awam dan yang telah dipadankan dengan kelulusan Geran SIM; dan
Sokongan tambahan pendanaan awam melalui sesi perkongsian maklumat dan bantuan bagi promosi kempen.
mempromosikan perniagaan yang inklusif dan bertanggungjawab, yang memberi impak positif kepada masyarakat Malaysia;
merangsang penyertaan sektor swasta dan masyarakat umum dalam menyemai dan meningkatkan inovasi sosial untuk memberikan impak kepada masyarakat, dan dengan berbuat demikian dapat memupuk amalan 'Berbuat Baik' sebagai norma baru; dan
membantu membina semula punca pendapatan masyarakat sambil memupuk dan meningkatkan penyelesaian inovatif baru untuk kebaikan sosial.
Penyelesaian inovatif dalam bidang impak berikut:
punca pendapatan masyarakat;
keselamatan makanan;
kesihatan dan kesejahteraan sosial;
perlindungan alam sekitar; dan
pemeliharaan warisan.
Memberikan faedah secara langsung dan/atau tidak langsung kepada golongan sasar.
Meningkatkan keupayaan golongan sasar dan/atau perniagaan impak sosial itu sendiri.
Mengekalkan dan menyokong inovasi/penyelesaian sosial dan meningkatkan potensi untuk membuka peluang yang lebih meluas, selagi boleh.
Derma, yang ditakrifkan sebagai hasil amal dermawan atau sukarela yang diterima tanpa pemulangan; dan/atau
Sumbangan, yang ditakrifkan sebagai modal yang diterima tanpa pemulangan untuk disalurkan secara eksklusif kepada penyelesaian inovasi dan/atau skala untuk impak sosial yang boleh merangkumi tetapi tidak terhad kepada:
geran secara langsung; dan/atau
geran atau dana lain yang diterima daripada program membina kapasiti yang disahkan
Syarikat berdaftar di dalam dan/atau luar Malaysia;
Organisasi bukan untung yang berdaftar di dalam dan/atau luar Malaysia; dan/atau
Individu yang disahkan di dalam dan/atau luar Malaysia
Langkah 1 - Proses pemeriksaan kelayakan;
Langkah 2 - Proses usaha wajar, diikuti dengan penilaian dan kelulusan permohonan oleh Jawatankuasa Kelulusan Bersama (JAC);
Langkah 3 - Dokumentasi dan pemberian geran
Telah mencapai pendanaan awam sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah geran yang akan dipohon; dan
Mempunyai sumber modal yang layak, dikumpul secara efektif mulai sejak 1 Julai 2020 yang ditakrifkan sebagai sumber yang diterima daripada entiti berdaftar swasta, yang merangkumi:
syarikat berdaftar di dalam dan/atau luar Malaysia;
organisasi bukan untung yang berdaftar di dalam dan/atau luar Malaysia; dan/atau
individu yang disahkan di dalam dan/atau luar Malaysia
Namun, tidak termasuk sumber modal yang diterima secara langsung dan/atau tidak langsung daripada Kerajaan dan/atau entiti berkaitan Kerajaan seperti agensi Kerajaan dan badan pengawal selia yang dibiayai secara langsung oleh Kerajaan Malaysia; dan
memberikan penyelesaian inovatif dalam bidang impak berikut: (i) punca pendapatan masyarakat, (ii) keselamatan makanan, (iii) kesihatan dankesejahteraan sosial, (iv) perlindungan alam sekitar dan (v) pemeliharaan warisan; dan
memberikan manfaat secara langsung dan/atau tidak langsung kepada golongan sasar.
SE Diakreditasi di bawah program Akreditasi SE
Terdapat peruntukan maksimum 30% daripada keseluruhan Geran SIM, iaitu RM3 juta, sedia
ada untuk SE yang diakreditasi. Baki 70% akan disediakan untuk kategori pemohon yang lain.
Akan diminta untuk mendaftar sebagai SE dengan MaGIC
Mempunyai matlamat sosial atau alam sekitar yang jelas;
Lebih daripada 30% jumlah pendapatan tahunan diperolehi dari aktiviti perniagaan, berbanding dengan sumbangan atau RM250,000 derma, sebagai bukti bahawa perniagaan mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh untuk impak jangka panjang.
Memperuntukkan sejumlah besar sumber untuk mencapai matlamat sosial atau persekitaran mereka dengan memenuhi salah satu perkara berikut:
sekurang-kurangnya 30% tenaga kerja daripada golongan sasar;
minimum 15% daripada kos perniagaandibelanjakan untuk mencapai misi alamsekitar atau disalurkan ke arahmembekalkan pendapatan, latihandan/atau barang/perkhidmatanbersubsidi kepada golongan sasar;
sekurang-kurangnya 30% keuntungandiedarkan kembali untuk operasiperniagaan bagi mencapai matlamatsosial/persekitaran; dan
Rancangan yang jelas untuk menanganimasalah sosial dan/atau persekitaran;
Golongan sasar yang jelas; dan
Mewujudkan produk/struktur minimum yangberdaya maju
projek atau rancangan perniagaan yang dimaksudkan;
unjuran aliran tunai, minimum 3 tahun untuk permohonan melebihiRM50,000, dengan perincian kos yang akan dikeluarkan dan maklumat lainyang berkaitan untuk penilaian yang lengkap;
pecahan penggunaan hasil (kedua-dua bahagian pendanaan awam danGeran SIM) yang terperinci, dengan perincian bahagian-bahagianpembayaran geran untuk permohonan melebihi RM50,000;
senarai penunjuk impak untuk mengesan kemajuan projek yang dimaksudkan;
rancangan pelaksanaan terperinci termasuk tetapi tidak terhad pada garismasa, mekanisme penjejakan impak dan tanda perkembangan (milestone);
rekod sejarah, jika ada; dan
kelayakan dan latar belakang pasukan pengurusan dan/atau penganjur.
Kepentingan bidang impak berkaitan dengan sasaranbidang impak Geran SIM
Tahap keaslian, gangguan dan/atau sejauh mana perubahan tambahan yang diberikan oleh penyelesaian berkaitan dengan bidang impak
Sekurang-kurangnya 70% dibelanjakan dan/ataudilaburkan bagi mewujudkan impak bagi golongan sasarandengan jelas dan boleh diukur- untuk menunjukkan buktisetiap RM1 akan menghasilkan impak dan cara impak tersebut diukur dibawah penunjuk impak
● Sekurang-kurangnya 5% untuk aktiviti pemasaran dan/atau mempromosi inisiatif
Tahap daya maju rancangan perniagaan/penyelesaian dengan tanda perkembangan yang dicadangkan untuk menangani cabaran yang dikenal pasti dalam bidang impak
Kemunasabahan dalam unjuran kewangan, termasuk andaian yang diterima dan garis masa yang jelas dalam mencapai pencapaian yang dikenal pasti
Sekurang-kurangnya 2 penunjuk dalam mengukur impak yang dicipta
Keberkaitan penunjuk impak dengan perbelanjaan hasil dan sasaran bidang impak geran SIM
Berpotensi untuk meningkatkan penyelesaian, dengan mempertimbangkan kelestarian model perniagaan
Tahap prestasi melalui rekod, bukti kelayakan dan/atau rujukan daripada pihak bebas dan bertauliah
Pemeriksaan kelayakan akan diselesaikan dalam 5 hari bekerja. Pemohon akan dimaklumkan keputusan melalui e-mel.
pemohon akan mengemukakan kertas cadangan mereka melalui platform dalam talian dalam 5 hari bekerja, yang mengandungi: (i) rancangan projek/perniagaan mereka; (ii) unjuran aliran tunai 3 tahun, untuk permohonan melebihi RM50,000; (iii) pecahan penggunaan hasil (gabungan dana pendanaan awam dan jumlah geran); (iv) penunjuk impak untuk mengesan kemajuan; (v) rancangan pelaksanaan terperinci; (vi) rekod sejarah, jika berkenaan dan(vii) kelayakan pasukan;
selepas kesemua dokumen dihantar, proses usaha wajar akan dimulakan dan proses ini dilakukan selamakira-kira 14 hari bekerja*;
JAC akan bersidang pada tarikh yang ditentukan untuk menyemak permohonan** berdasarkan kriteria berikut:(i) kebaharuan inovasi;(ii) keberkesanan penggunaan hasil;(iii) kebolehlaksanaan cadangan;(iv) skalabiliti impak dan(v) kemampuan pasukan pengurusan/penganjur.
pemohon akan membekalkan bukti jumlah danapendanaan awam yang diterima; dan
menandatangani perjanjian dengan MaGIC yang menyatakan kesemua syarat yang perlu dipenuhidan/atau tanda perkembangan (jika ada), serta termadan syarat yang dilampirkan pada Geran SIM.
penyalahgunaan maklumat secara sengaja semasa permohonan;
penglibatan aktiviti penipuan atau penglibatan wang haram; dan/atau
perubahan besar atau ketara daripada objektif dan hasil yang diharapkan seperti yang ditunjukkan semasa permohonan.
2 bahagian untuk jumlah geran sepadan sehingga RM200,000
3 bahagian untuk jumlah geran sepadan lebih daripada RM200,000 dan sehingga RM500,000