RM20 juta bangun BOET di Cyberjaya

February 22, 2018

Kerajaan wujud persekitaran kondusif bantu usahawan muda perluas perniagaan Kerajaan memperuntukkan RM20 juta untuk membangunkan Bandar Keusahawanan Lautan Biru (BOET) di Cyberjaya, bagi mewujudkan persekitaran kondusif usahawan muda dalam menjalankan perniagaan. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata pembangunan yang diuruskan oleh Cyberview Sdn Bhd membabitkan keluasan 36,000 kaki persegi itu sudah dimulakan dan ia dijangka siap dalam tempoh enam hingga tujuh bulan lagi.