Sasaran 20 peratus ekonomi digital lebih awal

February 22, 2018

KUALA LUMPUR: Sumbangan ekonomi digital kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) kira-kira 17 peratus sekarang dijangka melepasi unjuran 20 peratus lebih awal dari 2020, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.Beliau yakin tahap itu boleh dicapai lebih awal kerana Malaysia sudah mula melaksanakan pelbagai projek ekonomi digital tahun ini, termasuk pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (ZPBD) pada 22 Mac dan kini Hab Digital Malaysia.