TN50 bawa aspirasi baharu anak muda

February 28, 2018

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata siri Dialog Transformasi Nasional (TN50) yang diadakan sejak tahun lalu, memberikan keyakinan kukuh dalam dirinya bahawa generasi muda bukan saja berupaya membawa kejayaan kepada negara, tetapi mahu melahirkan Malaysia sebagai sebuah negara lebih hebat.Katanya, proses TN50 yang bermula sebagai ucapan Belanjawan pada 2013, hari ini bagaikan sudah menjadi satu gerakan untuk mendengar pandangan pada peringkat akar umbi."Ia menjadi landasan dan cerminan generasi masa depan. Apabila melihat aspirasi ditampilkan golongan muda, saya yakin generasi akan datang boleh membawa lebih kejayaan kepada negara," katanya pada sesi rumusan Majlis Penyerahan Kanvas Belia TN50 di sini, malam ini.Writen by Nor Afzan Mohamad Yusof