Perubahan seiring era digital

March 21, 2018

CYBERJAYA : Ledakan Revolusi Industri 4.0 memerlukan perubahan menyeluruh dalam pelbagai aspek, termasuk perspektif berbeza seseorang wanita menyusun semula peranan bagi memenuhi keperluan masa depan.Seiring Tahun Memperkasakan Wanita 2018, Cyberview Sdn Bhd membawakan edisi keempat Starter Kit dengan membawakan forum bertajuk Redefining The Role of Women in the Digital Age, menghimpunkan lima ahli panel berbincang isu berkaitan.