Dana awam

April 29, 2018

Belia di Malaysia secara asasnya mempunyai idea yang unik namun tidak mendapat suntikan betul untuk merealisasikannya sehingga menyebabkannya terkubur begitu saja.Ratusan idea berlegar dalam minda namun apabila tiba masa mahu menjadikannya kenyataan, belia tidak tahu dari mana ia patut bermula.Oleh itu, inisiatif seperti Actyvate menjadi program terbaik merealisasikan idea seterusnya menyuntik semangat mencipta inovasi yang membantu komuniti di Malaysia.

Actyvate menjadi pergerakan belia di seluruh negara membabitkan diri, memberi inspirasi dan mendorong membentuk 'Blue Oceans' dalam transformasi negara melalui kreativiti dan inovasi.Ia dicapai menerusi platform pembiayaan awam di web yang disokong kerajaan untuk mencadangkan projek kreatif, mendapatkan sokongan dan meningkatkan sumber.Projek yang berpotensi tinggi dan berjaya meningkatkan dana sasaran, mereka boleh menerima dana padanan dalam usaha memastikan suara pemuda dapat didengar melalui projek yang akan dilaksanakan.Sekali gus, ia mampu menggerakkan penyertaan belia peringkat akar umbi dalam aktiviti pembinaan negara dan mengubah negara menjadi masyarakat yang inklusif.

Actyvate menjadi inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan Pergerakan Belia (BOYM) yang dipacu oleh 1Malaysia For Youth (iM4U) dan Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).by: Afiq Hanif