Program Startup Global Accelerator Programme Oleh MaGIC Kembali Untuk Tahun Kedua

June 20, 2018

Global Accelerator Programme (GAP) ialah sebuah program anjuran MaGIC (Malaysia Global Innovation and Creative Centre) yang membantu syarikat-syarikat startup daripada pelbagai negara dan latar belakang untuk membolehkan mereka bersaing di arena bisnes tempatan dan antarabangsa.Program pemecut GAP kini hadir untuk tahun kedua, dan kini dilihat mengambil masuk 27 syarikat daripada 10 buah negara di seluruh dunia, termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Hong Kong, India, Amerika Syarikat dan sebagainya.Menurut Ashran Dato' Ghazi, Pegawai Eksekutif MaGIC, sebanyak 961 syarikat startup dari seluruh dunia telah menghantar permohonan untuk menyertai program GAP pada tahun ini.Program ini, yang dirasmikan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, bukan sahaja bertujuan untuk melatih syarikat-syarikat ini untuk berkembang, tetapi juga untuk memberi mereka peluang untuk membina rangkaian kukuh dengan syarikat korporat dan pelabur di rantau ini.by: Nazrin