Selenggara kereta: Aplikasi SERV semakin diterima masyarakat

June 21, 2018

Aplikasi SERV, yang membolehkan pemilik kereta menempah dan mendapatkan sebut harga untuk perkhidmatan penyelenggaraan kereta di mana sahaja, kini semakin diterima masyarakat khususnya di kawasan bandar.Aplikasi yang dibangunkan tiga anak muda dan dilancarkan pada September tahun lepas, memberi khidmat seperti pakej lengkap penyenggaraan kereta, kepada lebih 300 pemilik kenderaan di sekitar Lembah Klang, Putrajaya dan Cyberjaya.Seorang pengasas SERV, Arief Imran Hassan Ashari, 30, berkata idea penubuhan SERV tercetus apabila menyedari kekangan masa kerana sibuk bekerja menyebabkan ada sesetengah pemilik kenderaan tidak menjaga kereta mereka dengan baik.by: malaysiakini