Bajet 2019: Geran usahawan akan terus disalurkan

October 23, 2018

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus menyalurkan geran kepada usahawan di bawah Bajet 2019 namun penilaian terperinci mengenai perniagaan itu akan dilakukan terlebih dahulu.Ketika memberi jaminan itu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata ini penting bagi memastikan kementerian benar-benar memahami perniagaan dan ia layak menerima kemudahan itu."Kita akan memberi geran itu hanya selepas benar-benar jelas dan memahami perniagaan tersebut. Ini tidak sepertimana (pelaksanaan) sebelum ini yang mana tiada sebarang penilaian awal dilakukan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.Baca selanjutnya di Berita Harian Online